
Kumpulan Kompang Rakan Muda Masjid Al Hadi Kg Makam telah ditubuhkan pada bulan Januari 2010. Kelab ini dibimbing oleh Encik Mohamad Yasir b Ali (Pengurusi Rakan Muda Masjid Al Hadi Kg Makam). Seramai 25 orang anak-anak muda Kampung Makam telah menyertai kelab ini. Kelab ini telah banyak menerima undangan untuk bermain kompang di majlis perkahwinan sama ada di dalam kampung dan juga diluar. Selain itu, kelab ini bukan sahaja menerima undangan bermain untuk majlis perkahwinan sahaja, malah turut diundang bermain kompang untuk majlis-majlis perasmian, majlis sambutan maulud nabi,malam berinai dan sebagainya. Kumpulan ini juga turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti khemah canopy untuk disewa, orang rewang atau pembantu majlis persandingan/perkahwinan, dan dewan serbaguna untuk disewa. Waktu latihan kompang ialah pada setiap malam hari Jumaat dan Sabtu selepas solat isyak tempat latihan ialah di dewan serbaguna Tmn Koguna Kg Makam, perkarangan masjid atau di tepi sungai pengkalan kota kg makam.

Gambar semasa latihan diadakan
Mohd Yasir Gan b Ali Gan (Pengerusi Rakan Muda Masjid)
Muhd Shairadzi b Mohd Salleh (Setiausaha)*blogger
Muhd Ridhuwan b M. Aziz (Penolong Setiausaha)
Muhd Muslim b Hussein (ketua Kompang) Mohd Syafiq b S,Hamid (ketua gidol)
Mohd Adam b Othman (AJK) A.Hafizzudin b Jaffar(AJK)
 |
| Ahli kumpulan |
|
|
|
|
|
Gambar ahli rakan muda masjid bersama imam 2 masjid al hadi iaitu tn Hj Roman b Awab
Plat perasmian Masjid Al Hadi Kg Makam
Gambar rakan muda masjid bersama barisan ahli jawatan kuasa masjid al hadi kg makam
Perkarangan pintu masuk hadapan masjid al hadi
Gambar pengurusi rakan muda masjid bersama ajk Masjid al hadi (En Mustafa)
Gambar semasa menunggu ketibaan D.Y.M.M,
gambar 1